Selepas berkahwin, saya megalami penyakit batuk berdarah tanpa mengetahui puncanya. Saya telah pergi ke hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan seperti X-ray, pemeriksaan kahak dan sebagainya, tetapi masih tidak dapat mengesan apakah penyakit yang saya hidapi. Sejak dari itu, badan saya menjadi semakin lemah kerana batuk yang mengeluarkan darah yang banyak lebih kurang 2 hingga 3 kali sehari. Selepas bersalin, saya terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi berikutan keadaan saya yang semakin membimbangkan.
Saya kemudiannya disahkan menghidap penyakit tibi pada 10 tahun yang lalu. Akibatnya, saya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan sehingga membuatkan saya hilang selera makan dan keadaan saya menjadi lebih kronik. Kemudian, saya diperkenalkan dengan Produk Luxor bagi membantu menambah selera makan. Kini saya merasa lebih sihat, malahan penyakit kuku dan tibi juga telah berkurangan serta bertambah baik.